Kelas Komponen Komputer dan Advokasi

13 Januari 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Januari 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Komponen Komputer dan Advokasi kepada 10 orang peserta yang terdiri daripada 8 lelaki dan 2 perempuan. Kelas ini mengajar mereka untuk mengira perwakilan data seperti Byte, Kilobyte (KB), Megabyte (MB), dan Gigabyte (GB). Selain itu, mereka juga telah diajar untuk menyimpan hasil kerja di dalam bentuk google drive bagi memudahkan mereka untuk mengakses hasil kerja mereka dengan mudah. Kelas ini turut menyelitkan ceramah advokasi tentang penggunaan internet secara betul.




Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali